Oleh KAKI BANGKU

TIDAK perasan? Tidak peka atau tidak ambil berat langsung identiti Malaysia?

Bagaimana mungkin Jalur Gemilang pun boleh tersilap papar pada layar besar Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Kuala Lumpur?

Kesilapannya dilakukan sebuah persatuan sukan kebangsaan antara yang tertua kerana ditubuhkan hanya setahun selepas Malaya mencapai kemerdekaan!

Tempat kejadian pun tidak jauh dari Stadium Merdeka, tempat Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan tujuh kali sorakan Merdeka! tanggal 31 Ogos 1957.

Kejadiannya pula berlaku ketika hari perasmian kejohanan kebangsaan bawah 15 tahun kebangsaan, Piala Lum Mun Chak Ke-28, semalam.

MABA sudah pun mengeluarkan kenyataan medianya memohon maaf atas kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima dan bukan seperti mana sepatutnya. Kesilapan itu dituding kepada kontraktor yang dikatakan terlibat menyediakan bahan siaran berkenaan.

Bintang berkenaan dikecam ramai warganet dalam laman sosial sebagai mirip bintang pada bendera negara China atau lambang parti komunis negara itu.

Malah ada warganet merujuk semula penggunaan gambar Jalur Gemilang dengan bintangnya yang turut berbucu lima pada Kejohanan Jemputan Antarabangsa Malaysia MABA dari 21 hingga 27 Oktober lalu.

Kesilapan itu memang boleh dimaafkan tetapi masih ada tindakan tegas tertentu yang wajar dikenakan sebagai pengajaran penting untuk MABA.

Dalam kejohanan bawah 15 Piala Lum Mun Chak, bayangkan bagaimana pelajar-pelajar sekolah sebagai pemain-pemainnya akan ‘terdidik’ dengan Jalur Gemilang yang salah?

Yang buruk itu memang cepat dikenang! ‘Panas yang berpanjangan setahun akan mudah dilenyapkan dengan hanya hujan sehari’.

Kejohanan Jemputan Antarabangsa MABA, bulan lalu pun memiliki Jalur Gemilang berbintang berbucu lima yang dipaparkan berhampiran bendera China. Pemain asing pun mungkin kebingungan dan terkeliru ketika itu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pun dalam laman Facebooknya, menegaskan: “Saya tidak terima alasan ‘tersilap bendera’.‬

‪”Budak kecil berumur lima tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.‬
‪”Saya sudah arahkan pejabat PJS (Pejabat Pesuruhjaya Sukan) siasat dan ambil tindakan dengan segera.‬

“‪Kita marah jika orang asing memperlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana?”
Kepada MABA, sekalipun sukan bola keranjang di negara ini masih dimainkan majoritinya oleh kaum Cina, tidak wajar atau tiada hak atau tempat langsung untuk bintang berbucu lima pada Jalur Gemilang itu dirujuk kepada negara lain tertentu.

Semakin berusia, MABA (61 tahun), sepatutnya semakin matang sikap dan tindak-tanduknya dan bukan sebaliknya. Lebihkanlah jadi ‘KeMalaysiaan’, bukannya ‘KeChinaan’!

MALAYSIA BOLEH!

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Senang saja mereka ni salahkan kontrektor. Sekali pun anasir tu buat salah apakah maba tidak boleh semak. Saya mereka ni sengaja nak perolokkan negara. Kita patut suruh mereka keluar saja dari bumi kita ni. Habis cerita. Kalau dah begutu taksub dengan negara China pi lah diami negara itu. Kita pun tak inginkan orang yg tidak hiraukan negara ini. Kononnya warga Malaysia takkan bendera sendiri pun tak tahu. Kita tidak harus menerima alasan cetek dan tak masuk akal ini. Pergi berambus sajalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here