FOTO: Creative Commons.

KOTA BHARU — Penduduk berhampiran persisiran pantai Sabak dekat sini  sudah bersedia bagi menghadapi kemungkinan air pasang besar yang dijangka berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.

Seorang penduduk Zuhairi Anuar, 41 berkata, fenomena angin kuat dan ombak besar  sepanjang musim tengkujuh dari November hingga Mac menyebabkan penduduk di kawasan itu lali dengan keadaan itu.

“Kebiasaannya kami membuat persediaan awal untuk memastikan keselamatan keluarga kerana air pasang serta ombak besar biasanya boleh berlaku bila-bila sahaja di musim ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Bapa kepada lima anak itu berkata, disebabkan kedudukan rumahnya yang hanya kira-kira 10 meter dari pantai dia sekeluarga telah mengambil langkah memindahkan dokumen penting ke tempat lebih tinggi dan selamat.

Seorang lagi penduduk Wan Siti Rohayu Wan Deraman, 31 berkata persediaan menghadapi fenomena air pasang besar sejak seminggu lepas.

“Semua barangan dan dokumen penting telah diletakkan di tempat yang lebih tinggi dan saya juga telah membeli beberapa barangan keperluan asas untuk mengelak berlaku terputus bekalan apabila kawasan ini dinaiki air,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan berkata hujan lebat yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka  berterusan  sehingga esok.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here