KUALA LUMPUR — Bekas wartawan Berita Harian dan pemenang Anugerah Kajai 1983 Hambali Abdul Latiff meninggal dunia awal hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira 4.30 pagi di kediamannya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu pada usia 65 tahun.

Anak Allahyarham, Irfan Rafiqin, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim pada kira-kira 10.45 pagi.

IRFAN Rafiqin Hambali, 25, menyiram air mawar ke pusara bapanya allahyarham Hambali Abdul Latif yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu. NSTP/IMRAN MAKHZAN.

“Arwah ayah menghidap beberapa penyakit seperti berkaitan jantung dan komplikasi buah pinggang,” katanya.

Hambali memenangi Anugerah Kajai dengan laporan bertajuk ‘Meninjau kehidupan dan masalah penduduk Pekan Koboi di Rengit’.

Anugerah Kajai adalah anugerah tertinggi dunia kewartawanan tanah air yang diberikan Institut Akhbar Malaysia.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here