Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG juara permainan strategi China, ‘Go’ memutuskan untuk bersara kerana beliau tidak mampu menewaskan lawannya, iaitu teknologi kecerdasan buatan (AI).

Lee Se-dol merupakan satu-satunya manusia yang pernah mengalahkan cabaran AlphaGo dalam lima perlawanan di mana beliau kalah empat kali tetapi menundukkan AI hanya sekali.

Pemain dari Korea Selatan itu berakata beliau memutuskan untuk bersara setelah menyedari bahawa beliau tidak akan berada di tahap teratas walaupun muncul sebagai juara.

LEE See-dol memerah otak untuk cuba menewaskan AI dalam satu perlawanan.

BBC memetik agensi berita Yonhap bahawa Lee mengaku AI tidak dapat dikalahkan.

Lee dianggap antara pemain ‘Go’ paling hebat pada zaman moden.

Juara dunia berusia 36 tahun itu mula bermain semasa berumur lima tahun dan menjadi pemain profesional apabila usia tujuh tahun.

Kekalahan beliau di tangan teknologi AI dilihat sebagai mercu tanda kehebatan teknologi itu.

Versi AlphaGo permainan tersebut dihasilkan oleh Deepmind yang dimiliki oleh Alphabet (Google).

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here