Lembu berbau, petani didenda

0
183

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

LEMBU berbau adalah perkara biasa. Namun, malang bagi seorang petani, binatang itu menyebabkan dia terpaksa membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

Seorang petani di Perancis diperintahkan membayar 8,000 Euro (RM37,000) apabila jirannya mengeluh lembu milik petani itu berbau.
Menurut The Guardian, kes itu menjadi perhatian setelah haiwan itu menjadi bahan persengketaan yang berlanjutan selama 10 tahun.

Nicolas Bardy adalah petani generasi keenam yang mempunyai ladang penternakan di Lacapelle-Viescamp, Cantal, kawasan selatan- Perancis.
Lembu-lembu yang dibela di kawasan berdekatan dengan jirannya menyebabkan timbulnya bau buruk sehingga mengganggu mereka.

Hakim memutuskan Bardy bersalah dan didenda 8,000 Euro atau kira-kira RM37,000.

Bardy mengeluh dan mempertikai keputusan hakim.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here