Pemimpin PKR dipecat beri amaran parti berisiko diharamkan

0
375

KUALA LUMPUR — Dua pemimpin PKR yang dipecat daripada jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran parti itu bakal berdepan tindakan dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mizan Adli Mohd Noor dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK mendakwa pemecatan mereka itu dibuat tanpa alasan kukuh dan melanggar perlembagaan parti.

“Kami mendesak Biro Politik Pusat dengan serta-merta menyiasat hal ini dengan tanpa prejudis dan profesional kerana ia membabitkan status sah ROS. Kita tidak mahu PKR juga bakal diharamkan seperti UMNO,” menurut kenyataan bersama mereka hari ini.

“Kami mahukan penjelasan yang lebih terperinci kenapa kami dipecat tanpa alasan yang lebih kukuh. Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap sewajarnya diusulkan sewaktu kongres berlangsung.

“Hal ini juga melanggar Perkara 5.1 dan 5.3 di mana usia pengerusi tetap tidak terbatas hanya pada umur 35 tahun ke bawah atau dengan kata lain daripada umur AMK.

“Perenggan 4.1 juga memberitahu pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan bukan Ketua AMK.

“Perenggan 42 dan 43, tidak termaktub ahli hanya boleh mengundi sekali sahaja maka logik jumlah undian tinggi kerana ia dialu-alukan di dalam dewan dalam keadaan yang tidak teratur oleh JPP,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu juga, mereka tidak teragak-agak untuk membangkitkan isu berkenaan di media massa jika suara akar umbi tidak didengari.

“Kami dipilih oleh akar umbi dan sewajarnya keputusan diserahkan kepada mereka dan bukan kepimpinan jumud dan sempit yang pincang dari ideologi asal PKR,” katanya.

Dalam surat pemecatan bertarikh 27 November yang ditandatangani Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab, kedua-dua pemimpin berkenaan dimaklumkan bahawa mereka dilucutkan jawatan kerana ada keraguan yang timbul daripada pemilihan sebelum ini.

Berdasarkan surat itu, pengiraan secara manual mendapati kedua-duanya menerima jumlah undi yang lebih tinggi daripada jumlah perwakilan yang layak mengundi.

Selain itu, isu berkenaan kelayakan umur turut dibangkitkan dalam surat berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/11/632986/pemimpin-pkr-dipecat-beri-amaran-parti-berisiko-diharamkan
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here