Pergolakan di Iraq: penunjuk perasaan bakar konsulat Iran di Najaf

0
276

Oleh FETTY RARA

DALAM perkembangan terbaharu, sekumpulan penunjuk perasaan membakar konsulat Iran di Najaf, selatan Iraq.

Mereka meneriakkan “Iran keluar dari Iraq” sambil menyaksikan bangunan tersebut dimusnahkan oleh api.

Menurut BBC yang memetik sumber tempatan, kakitangan konsulat berkenaan sempat keluar menyelamatkan diri sebelum kumpulan tunjuk perasaan itu merempuh masuk ke bangunan.

Sejak pergolakan tercetus di Iraq dua bulan lalu sejumlah 344 orang telah terbunuh.

Ketidakpuasan hati yang membawa kepada tindakan penunjuk perasaan itu antara lain berpaksi tuntutan supaya dibanteras rasuah, wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperbaiki perkhidmatan awam.

Menurut mereka kesemua isu itu telah menjejaskan kehidupan di selatan Iraq dan di Baghdad.

Dalam pada itu mereka juga menuduh Iran mencampuri hal ehwal dalam Iraq dan menyokong kerajaan dan beberapa kumpulan militia Syiah tempatan, selain hasutan oleh negara barat.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here