Brad Gobright: Pendaki solo bebas maut sewaktu mendaki di Mexico

0
280
FOTO: Facebook.

Oleh FETTY RARA

PENDAKI solo cara bebas bangsa Amerika, Brad Gobright, 31, maut apabila terjatuh setinggi 300 meter di El Portero Chico, utara Mexico.

Rakan pendakiannya, Aidan Jacobson, 26, bagaimana pun tidak jatuh jauh dan hanya mengalami kecederaan.

Gobright terkenal dengan pendakian cara solo bebas tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan, tetapi sewaktu pendakian itu beliau sedang melakukan ‘rappeling’, iaitu teknik menurun menggunakan tali, lapor bbc.com

Menurut pakar ‘rappeling’ menggunakan dua tali yang dililit pada tubuh didapati antara punca utama kematian dalam sukan mendaki.

Kejadian tersebut mengejutkan dunia sukan mendaki dan ucapan takziah dengan cepat ditularkan dari serata dunia.

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here