Rawat kulit wajah dengan jilatan kucing

0
255

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

KETIKA ramai yang memilih untuk melakukan perawatan kulit wajah seperti jerawat menggunakan produk yang mahal.

Seorang gadis di Indonesia menemukan kaedah alternatif yang lebih baik.
Gadis berkenaan dikenali sebagai Dinda melakukan perawatan kulitnya menggunakan jilatan kucing miliknya dikenali sebagai Nia, meskipun ada yang menganggapnya jijik, lapor OKENews.

Menurut Dinda, jilatan kucing itu bukan hanya menghilangkan jerawat tetapi juga melembutkan kulit mukanya.

Beliau berkata, kucing bersifat manja dan seringkali suka menjilat-jilatkan wajah tuannya.

Dinda bagaimanapun, terkejut apabila jilatan kucing itu mampu merawat kulit wajah tuannya.

Kaedah ini diakui juga oleh saudara perempuannya bernama Debi.
Debi berkata, Dinda membiarkan kucingnya menjilat wajahnya selama 3 bulan lalu dan jerawat dilihat hilang secara signifikan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here