Bangkai anak anjing pra-sejarah usia 18,000 ditemui dalam keadaan sempurna

1
326
FOTO: S Fedorov/Centre for Palaeogenetics/Twitter.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BANGKAI anak anjing berusia lebih 18,000 tahun ditemui di wilayah Siberia, Rusia.

Anak anjing yang tertimbus di bawah lapisan tanah yang beku kerana cuaca terlalu sejuk didapati masih mempunyai hidung, bulu, gigi dan misai – bagaimana pun ujian DNA masih dijalankan bagi menentukan sama ada ia anjing atau serigala atau pun spesies leluhur kedua-dua jenis haiwan itu.

Menurut portal newscientist.com bangkai anak anjing tersebut dikenal pasti oleh sekumpulan penyelidik di sebuah tapak berhampiran bandar raya Yakutsk di timur Siberia tahun lalu.

Sejak itu satu pasukan yang terdiri daripada penyelidik dari Universiti Stockholm, Sweden dan Muzium Sejarah Semula Jadi Sweden telah menjalan analisis ke atas sebahagian tulang rusuk anak anjing tersebut.

Setakat ini mereka mendapati jantina anak anjing itu ialah jantan berusia dua bulan dan hidup lebih 18,000 tahun lalu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here