Jaguh MotoGP beralih ‘roda lain’ Tour de Selangor

0
329
DARI kiri, Fais Syarifuddin Abdul Kadir , Mohamad Razif Abdul Wahab, Adi Faizal Ahmad Tarmizi dan Noradiazhar Sulaiman menayangkan replika penajaan jersi Raja Bukit Tour de Selangor 2019 oleh Central Spectrum di Galeri Pameran Bio Bay Selangor, Pulau Indah.

Oleh KAKI [email protected] HAFIZ AHMAD

JIKA sebelum ini menunggang MotoGP, kini Hafizh Syahrin Abdullah beralih angin seketika dengan bertukar angin kepada ‘roda lain’ apabila memacu basikal dalam perlumbaan jelajah Tour de Selangor (TdS) 2019.

Pelumba pertama Asia Tenggara dalam MotoGP ini bakal beraksi dengan pasukan baharu, Fomema AmSkins Racing sepanjang TdS dari 18 hingga 22 Disember ini yang melibatkan lima peringkat perlumbaan sejauh 690.4 kilometer.

Hafizh, 25, menyertai pasukan ini yang turut dianggotai pelumba pertama negara pemenang satu peringkat Le Tour de Langkawi 2010, Anuar Manan selain Sofian Nabil Omar Bakri, Hafiz Hamid dan Irfan Shathiran.

‘El Pescao’ (Ikan Kecil) kelahiran Selangor ini telah menutup musim MotoGP 2019 di Valencia, Sepanyol dengan menduduki tempat ke-23 keseluruhan pada 17 November lalu.

“Saya selalu berkayuh bersama mereka dalam menjaga tahap kecergasan saya tetapi seakan tidak percaya apabila saya dilamar menyarung jersi Fomema AmSkins Racing bagi TdS.

“Saya tidak harapkan kejayaan besar dalam penampilan sulung pelumbaan jelajah berbasikal sebesar TdS ini tetapi mahu mencabar diri saya apabila bersaing dengan para pelumba profesional,” katanya dalam siaran media hari ini.

Dalam pada itu penganjur TdS 2019, Masterpacer Venture mengumumkan rakan penaja jersi Raja Bukit, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., pemaju hartanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Galeri Pameran Bio Bay Selangor di Pulau Indah turut akan menjadi garisan pelepasan pelumba TdS 2019 peringkat pertama 18 Disember sejauh 182.3 kilometer yang berakhir di Batang Kali iaitu laluan terpanjang.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mohamad Razif Abdul Wahab; Pengarah Perlumbaan TdS yang juga Pengarah Urusan Masterpacer Venture, Noradiazhar Sulaiman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

“Kami sentiasa mempromosikan produk-produk hartanah kami sebagai satu strategi pemasaran yang penting terutama Selangor Bio Bay, hab bioteknologi di Selangor selepas kejayaan Hab Halal Selangor.

“Kami juga pernah terlibat dengan penganjuran Perlumbaan 180 Kilometer Pulau Indah yang mendapat sambutan hangat penggemar sukan berbasikal pada 2016 dan 2017,” kata Razif.

Bagi Noradiazhar, kemunculan Hafizh bakal menjadi pemangkin TdS edisi kedua diberikan status 2.2 oleh UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) memandangkan popularitinya sebagai ikon sukan pemotoran negara.”

Pengarah Sukan Fomema AmSkins Racing, Fais Syarifuddin Abdul Kadir berkata, “inilah platform baharu Hafizh yang jika sebelum ini berlumba motosikal pada kelajuan 200 hingga 300 kilometer sejam kepada berlumba basikal selaju 50 atau 60 kilometer sejam.”

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here