‘Kammuri’ Kemboja lenyapkan tiket separuh akhir skuad Ong

0
394
WAJAH-WAJAH gagal barisan pengurusan, Ong Kim Swee (kanan) dan pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal (tiga dari kanan), Presiden Konfederasi Hoki Malaysia yang turut baru melalui kegagalan skuad hoki ke Sukan Olimpik 2020.

Oleh KAKI [email protected] HAFIZ AHMAD

MENGETEPIKAN Safawi Rasid, persediaan ala kadar sejak 3 November dan terlalu berharapkan tonggak senior Harimau Malaya sedangkan kurang persefahaman dengan yang lebih muda, menyimpulkan kegagalan skuad Bawah 22 tahun negara ke separuh akhir Sukan SEA Filipina hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tumpas mengejut 3-1 kepada Kemboja pada perlawanan terakhir sekali gus menghuni tempat kedua corot Kumpulan A temasya ke-30 di Stadium Peringatan Rizal, Manila untuk menempah penerbangan pulang lebih awal.

Dalam perlawanan yang wajib dimenangi Malaysia, naib juara 2017 sambil ‘menagih’ bantuan keputusan aksi tuan rumah dan Timor Leste, sebaliknya menyaksikan Kemboja yang mara ke peringkat kalah singkir dengan mengiringi Myanmar.

Jaringan sagu hati Quentin Cheng pada minit ke-90 sudah terlambat untuk mengubah nasib skuad B22 negara sedangkan Kemboja sudah begitu selesa dengan dua gol dalam dua minit oleh In Sodavid dan Sieng Chanthea serta Keo Sokpheng.

Hanya pada perlawanan hidup mati ini barulah Kim Swee terfikir untuk menurunkan Quentin yang berpangkalan di kelab Australia, Central Coast Mariners – itu pun masih sebagai pemain gantian.

Di hadapan dia masih bergantung kepada Hadi Fayyadh Razak yang seperti ‘indah khabar daripada rupa’ kerana berpengalaman beraksi dengan kelab bahagian dua Jepun, Fagiano Okayama.

Inilah juga padah gara-gara keegoan Kim Swee untuk terus mempertaruhkan formasi tiga benteng (Dominic Tan, Irfan Zakaria dan kapten Adam Nor Azlin) dalam menentang Kemboja bimbingan Felix Dalmas.

Formasi 3-5-2 atau 3-4-3 pernah menjadi satu aspek yang menimbulkan kesangsian jurulatih Filipina, Goran Milojevic.Turut kekal dengan barisan tengah kurang bermaya diketuai oleh Syamer Kutty Abba, yang berubah sedikit hanyalah penggunaan serangan serampang tiga pada Fayyadh, Luqman Hakim Shamsudin dan Nik Akif Syahiran gara-gara kecederaan Akhyar Rashid.

Petanda awal kegagalan sudah terpapar ketika terpaksa mengikat Myanmar 1-1 selain dikejutkan Filipina 1-0 malah membelasah lawan kerdil, Timor Leste 4-0, Isnin lalu tidak menonjolkan kewibawaan skuadnya.

Laluan mudah Kumpulan A dan jumlah perlawanan lebih sedikit jika dibandingkan barisan heavyweight Kumpulan B yang mengandungi juara bertahan, Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, langsung gagal dimanfaatkan skuad belia negara ini.

Lantas terukirlah sejarah kempunan pingat Sukan SEA ketiga dalam resume khidmat Kim Swee sebagai ketua jurulatih selepas Naypyidaw 2013 dan Singapura 2015 biarpun pernah membawa kilauan emas di Jakarta 2011 dan perak Kuala Lumpur 2017.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here