Bayi baharu lahir ditemui hidup dalam kubur cetek

0
302

Oleh FETTY RARA

SEORANG bayi tidak cukup bulan yang ditemui masih hidup dalam sebuah pasu yang ditanam  di utara India kini beransur pulih.

Bayi malang itu dibawa ke hospital dalam keadaan sangat kurus dan kritikal kerana jangkitan darah dan jumlah platelet sangat rendah pada Oktober lalu, lapor bbc.com

Menurut doktor pakar pediatrik, Ravi Khanna yang menjaganya, dia, bagaimana pun, kini semakin berisi, sementara pernafasan dan jumlah platelet pula normal.

Kedua-dua ibu bapanya belum dapat dikesan dan bayi yang masih belum bernama itu akan ditawarkan kepada sesiapa yang inginkan anak angkat.

Buat masa ini dia berada dalam jagaan pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak di daerah Bareilly di Uttar Pradesh.

Bayi tersebut ditemui dengan tidak sengaja oleh seorang lelaki yang sedang mengebumikan anaknya yang mati semasa dilahirkan.

Lelaki itu berkata etika dia sedang menggali sedalam 90 sentimeter, cangkulnya terkena pasu tanah liat yang kemudian pecah dan mendengar tangisan bayi. Apabila pasu tersebut diangkat dia menjumpai bayi berkenaan.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here