Bersediakah kita untuk mati?

0
255

SETIAP daripada kita pasti mati, tiada sesiapa pun bakal terkecuali. Ada bantahan? Maka sudahkah kita semua menyediakan “bekalan” mencukupi sebagai perbelanjaan di alam sana?

Yang mati telah mati dan tidak akan kembali lagi ke dunia. Kehidupan mereka di dunia telah dimuktamadkan. Namun bagaimana pula dengan tanggungjawab ahli keluarga, sanak-saudara, jiran sekampung saat menerima berita kematian.

Islam itu amat sempurna, setiap perkara daripada sekecil-kecil perbuatan hatta seperti tatacara melangkah masuk ke dalam tandas, mendengar guruh di langit, sendawa selepas makan, bersin semuanya diajar kaedahnya oleh agama. Itu hanya perkara kecil, semestinya perkara besar seperti kematian turut diajar oleh Islam bagaimana cara menghadapinya.

Bagaimanapun kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia, ramai daripada kita sedikit alpa dengan perkara yang perlu dilakukan sebelum dan selepas kematian. Alhamdulillah kita ternyata beruntung kerana sentiasa diingatkan oleh para ulama yang merupakan pewaris nabi.

Jom hayati tazkirah yang disampaikan ini. Jangan sesekali pandang enteng kerana mahu atau tidak, kita semua akan tetap mati!

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here