Diaibkan Kemboja, Presiden FAM juga perlu berundur!

1
1608
KEMBOJA (berjersi putih) mendapat bimbingan jurulatih dari Argentina, Felix Dalmas dan bekas pemain Piala Dunia Jepun, Keisuke Honda.

Oleh KAKI [email protected] HAFIZ AHMAD

BUKAN setakat khidmat Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun Malaysia yang wajar ditamatkan tetapi ada beberapa lagi watak penting sehingga ke peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Siapa lagi kalau bukan pengurus pasukan Sukan SEA Filipina 2019 ini, Datuk Seri Subahan Kamal yang juga Timbalan Presiden FAM dan barisan penolong Kim Swee seperti Bradley Maloney, Khan Hung Meng dan Yong Wai Hwang.

Mereka juga perlu bertanggungjawab atas kekalahan 3-1 Malaysia kepada Kemboja di Stadium Peringatan Rizal, Manila dalam saingan Kumpulan A, semalam iaitu yang pertama kepada lawan yang pernah dianggap kerdil dalam sejarah Sukan SEAP/SEA sejak 1961.
Namun bagaimana pula dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin? Dan mengapa tidak?

Khidmat Kim Swee masih dipertahankan FAM biarpun skuadnya gagal melepasi Kumpulan J Kelayakan Kejohanan B23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam, Selangor, Mac lalu.

Benar kita diikat China 2-2 dengan jaringan penyamaan minit akhir tetapi skuad Ong masih bergelut untuk menjinakkan Laos 1-0 dalam mencari modal gol lebih besar sehingga mengucapkan sayonara lebih awal kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mereka berdua berpelukan gembira selepas Baddrol Bakhtiar menyudahkan penalti penentuan untuk membawa Malaysia mempertahankan pingat emas di Gelora Bung Karno, Jakarta dengan menewaskan Indonesia 4-3 pada Sukan SEA 2011.

Indeks prestasi utama skuad Sukan SEA hanyalah emas dan yang kurang daripadanya sudah dianggap gagal tetapi apabila skuad Kim Swee sekadar beroleh perak Kuala Lumpur 2017 gara-gara ditewaskan Thailand 1-0, khidmatnya tetap disimpan lagi!

Program persediaan FAM bagi skuad B22 menghadapi Sukan SEA juga seperti tangkap muat dan asal boleh sahaja! Selain Kelayakan AFC, hanya ada satu lagi kejohanan, Piala LG di Phnom Penh pada Februari untuk mereka, tidak mungkin mencukupi!

Setiap negara rantau Asia Tenggara sentiasa menunggu-nunggu kedatangan temasya dwitahunan ini tanpa mengira sama ada mereka akan terus jadi budak belasahan atau mana tahu, mungkin penumbang gergasi.

Sejak 2015, kesemua 11 negara anggota ASEAN menyertainya. Itu bukti keseriusan mereka terhadap bola sepak sekarang sebagaimana pentingnya Piala AFF (peringkat senior) yang ibarat Piala Dunia Mini Asia Tenggara, juga setiap dua tahun.

FAM pula hanya membuka kem latihan pusat skuad B22 ke Sukan SEA mulai 4 November. Ramai pemain daripada pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) atau bawah 22 dalam Liga Super dan Perdana tidak pula dipanggil untuk dihimpunkan setiap kali musim berehat.
Sepatutnya diwujudkan sebuah pasukan khas belia ke Sukan SEA dan tidak boleh terlalu berharapkan beberapa tonggak seusia itu dalam skuad Harimau Malaya yang perlu difokuskan ke Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tanpa persefahaman yang dipupuk kerap dan lebih lama, mana mungkin sesebuah pasukan mampu cemerlang.

Buatlah bedah siasat segera tentang kegagalan mengaibkan ini. Berpijak di bumi nyata dan bertanggungjawablah, FAM.

Kita pernah diaibkan Filipina kali pertama, 1-0 di Manila 1991, Laos 1-0 di Jakarta 1997 dan kini Kemboja 3-1 juga di Manila. Apa pula selepas ini, dengan Timor Leste atau Brunei?

SKUAD Ong Kim Swee menghuni tempat kedua corot Kumpulan A akibat penangan ‘Taufan Kammuri’ Kemboja dan Filipina.

REKOD PERTEMUAN MALAYSIA-KEMBOJA DALAM SUKAN SEAP/SEA

1961 Rangoon: Malaya 4 Kemboja 0
1971 Kuala Lumpur: Malaysia 3 Kemboja 0
1995 Chiang Mai: Malaysia 9 Kemboja 0
1999 Bandar Seri Begawan: Malaysia 7 Kemboja 2
2003 Ho Chi Minh: Malaysia 8 Kemboja 1
2005 Bacolod City: Malaysia 5 Kemboja 0
2009 Vientiane: Malaysia 4 Kemboja 0
2011 Jakarta: Malaysia 4 Kemboja 1
2019 Manila: Malaysia 1 Kemboja 3

(* Kemboj/Kampuchea tidak menyertai edisi selain ini atau berada dalam kumpulan berasingan dan tidak pernah mara ke pusingan kalah singkir)

–BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. …Bagi Hamidin few chances dulu…. Rileks laaa… Yang menghamlaukan fatigue Dan perkembangan pemain berbakat Tanah Air adalah ketamakan JDT memborong semua pemain berbakat.
    INI TIDAK BAIK UNTUK PERKEMBANGAN BAKAT ORIGINAL TANAH AIR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here