Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

MOGOK seluruh negara di Perancis kini mengganggu persekolahan dan pengangkutan awam.

Ia berikutan kemarahan pekerja di negara itu bersabit keputusan kerajaan memaksa mereka bersara awal atau berdepan dengan potongan kadar pencen.

Kakitangan sekolah dan pekerja pengangkutan turut bersolidariti menyertai polis, peguam, kakitangan hospital dan pekerja lapangan terbang hingga menjadikan jumlah pekerja yang mogok mencecah berjuta orang, lapor bbc.com.

Mogok paling besar sejak beberapa tahun ini dipersetujui oleh kesatuan-kesatuan pekerja yang membantah rancangan Presiden Emmanuelle Macron untuk melaksanakan sistem pencen sejagat berdasarkan mata.

Sehari sebelum mogok dilancarkan Menteri Dalam Negeri Perancis Christophe Castaner berkata beliau menjangka akan berlaku lebih 250 perhimpunan tunjuk perasaan di seluruh negara, antaranya mungkin bertukar menjadi ganas.

Di Champs- Elysees Boulevard, Paris, polis rusuhan telah mula memeriksa beg-beg orang ramai sebelum tiba waktu subuh, sementara kedai-kedai yang berada di sepanjang lokasi perhimpunan diarahkan supaya tutup.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here