Bos Garuda dipecat seludup motosikal, basikal

0
401

PENGARAH Urusan Garuda Indonesia, Ari Askhara dipecat kerana menyalahgunakan kedudukannya untuk menyeludup sebuah motosikal Harley Davidson dan basikal jenis Brompton menggunakan pesawat Garuda dari Peranchis ke Indonesia.

Pemecatan itu diumumkan oleh Menteri Perindustrian (BUMN) Erick Thohir dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Sri Mulyani, baru-baru ini.

Ari Askhara dipecat kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam penyeludupan motosikal dan basikal berkenaan, lapor TribuneNews.

Kes berkenaan turut melibatkan sejumlah pekerja Garuda Indonesia.

Erick berkata pihaknya juga akan menyiasat untuk melihat siapa lagi yang terlibat dalam kejadian yang turut bertujuan mengelak diri daripada membayar cukai kastam.

“Kami dalam proses meneliti kejadian berkenaan untuk melihat kerugian yang ditanggung oleh negara,” kata beliau.

Berikut rangkuman terbongkarnya penyelundupan Harley dan Sepeda Brompton di pesawat Garuda:

Difahamkan pesawat yang digunakan merupakan pesawat baharu Garuda Indonesia Airbus A330-900 Neo dan terdapat 22 penumpang termasuk Ari Askhara.

Dakwaan penyeludupan itu terbongkar apabila petugas kastam melakukan pemeriksaan ke atas pesawat berkenaan.

Petugas kastam telah menemukan barangan yang tidak dibayar cukai ketika memeriksa tempat bagasi penumpang selepas menemukan beberapa beg bagasi penumpang dan 18 kotak berwarna coklat.

Berdasarkan hasil pemeriksaan , dari jumlah itu, 15 kotak dengan nama ringkasan SAS mengandungi komponen motosikal Harley Davinsion terpakai selain tiga kotak berisi 2 basikal jenama Brompton baharu.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here