Negaraku dalam bahasa Mandarin hanya bertujuan kefahaman lagu – KPM

    1
    644

    KUALA LUMPUR — Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu.

    Dalam satu kenyataan, KPM sudah mendapat penjelasan daripada satu sekolah di Negeri Sembillan dan berkata, ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan.

    “Hasil siasatan hari ini mendapati bahawa perlakuan itu hanya berlaku ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan Negaraku oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, hari ini.

    Bagaimanapun KPM turut mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melakukan perkara asas berkaitan lambang negara.

    “Ia termasuklah lagu kebangsaan, Negaraku dalam PdP mereka agar tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak.

    “Kami juga ingin menegaskan kepada semua sekolah bahawa lagu Negaraku tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekali pun dalam sebarang acara rasmi sekolah dan hendaklah mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya.

    NSTP
    Please follow and like us:
    error

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here