PLUS raih Anugerah Perhubungan Awam Negara (MPRA) walaupun kali pertama bertanding

0
408

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS), syarikat pengurusan lebuhraya bertol terbesar di negara ini merangkul 6 anugerah pada majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2019 baru-baru ini.

Walaupun pertama kali menyertai, PLUS membawa pulang 4 Anugerah Emas dalam kategori Teknologi, Perhubungan Kakitangan, Penjenamaan Korporat dan Penggunaan Digital Terbaik.

Selain itu, PLUS turut memenangi 2 Anugerah Perak bagi kategori Sektor Awam dan Penggunaan Digital Terbaik.

Panel juri MPRA tahun ini terdiri daripada Datuk Tengku Marina dari Nestle, Anita Devasahayam dari IBM, Naill Dologhan Pengarah Urusan TQPR, Grace Low bekas Pengarah Urusan Ogilvy PR dan Jahabar Sadiq, Ketua Pengarang The Malaysian Insight.

“Pihak juri bersetuju bahawa penyertaan PLUS untuk anugerah tahun ini amat kuat berikutan faktor pengukuran dan penilaian di mana ia berjaya membuktikan impak sebenar kempen-kempen perhubungan awam mereka,” kata Dologhan.

Beliau berkata melalui kajian PLUS berjaya mengatur strategi komunikasi selari dengan matlamat yang ditetapkan, selain dijadikan asas perbandingan data bagi memudahkan ukuran impak kempen terhadap kumpulan sasar.

Menurut Dologhan apa yang dilakukan oleh PLUS menjadi contoh kepada pengamal perhubungan awam.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Kami amat gembira kerana inisiatif komunikasi kami telah mencapai matlamatnya dalam usaha meningkatkan persepsi terhadap organisasi ini.”

Tambahnya lagi, “Objektif realistik dan ketara yang memberi impak kepada pelanggan lebuhraya adalah amat penting bagi kami di PLUS dan kejayaan ini membuktikan kerjasama di antara jabatan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak di dalam PLUS atas pengiktirafan MPRA ini,” katanya.

MPRA mengiktiraf inisiatif terbaik di dalam industri perhubungan awam dan komunikasi di Malaysia.

Bagi 2019, MPRA mencatatkan penyertaan terbanyak dalam semua 14 kategori dan  menjadikan acara anjuran Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA) ini yang terbesar sejak 12 tahun lalu.

Selain MPRA, PLUS sebelum ini  juga berjaya meraih pelbagai anugerah lain pada tahun ini, seperti Anugerah Pengurusan Risiko Terbaik MARIM, Anugerah StrategicRisk Asia-Pasifik, ICQCC 2019 (Konvensyen Antarabangsa Pengurusan Kualiti) di Jepun, APQOIC 2019 (Persidangan Antarabangsa Organisasi Kualiti Asia Pasifik) di Indonesia, Anugerah Gangsa bagi Kategori Pengangkutan dan Pelancongan Putra Brands Awards 2019, Anugerah Inisiatif Hijau SEDA 2019, APIC 2019 (Persidangan Produktiviti & Inovasi) dan Anugerah MOB-EX di Singapura.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here