Tak ikut akhlak Nabi

0
217

PERBUATAN menolak kanak-kanak keluar daripada saf solat adalah perbuatan yang buruk dan tidak menepati akhlak Nabi Muhammad SAW.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Rasulullah SAW tidak pernah menghalau kanak-kanak keluar daripada saf solat sepanjang baginda bersolat bersama-sama mereka.

“Amalan Rasulullah adalah mesra dengan kanak-kanak, baginda tidak pernah keluarkan mereka ke saf belakang jika kanak-kanak berada di dalam saf bersama orang dewasa.

“Tetapi masih ada masjid yang mengeluarkan kanak-kanak ke belakang dengan alasan bahawa saf terputus jika ada kanak-kanak belum baligh.

“Di dalam Sahih Bukhari, Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah menjadi imam dihadapannya manakala di dalam safnya ada anak yatim dan di belakang mereka ada wanita tua,” katanya di sebuah masjid di Kangar, kelmarin.

Sebelum ini tular sekeping surat di media sosial tulisan kanak-kanak yang meluahkan rasa kesal kerana dihalau ke saf belakang ketika bersolat di surau.

Surat yang tular itu mendapat perhatian serta pujian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri atas keberaniannya menyatakan pendirian.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, lebih mendukakan apabila segelintir dewasa datang lewat ke masjid, tetapi menghalau kanak-kanak keluar daripada saf hadapan.

“Tindakan itu menjadikan masjid tidak mesra kanak-kanak dan paling menyedihkan, ada masjid tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke ruangan solat.

“Perbuatan itu menjadikan kanak-kanak tidak mahu lagi bersolat di masjid, hatta Nabi Muhammad SAW apabila mendengar tangisan bayi di belakangnya, baginda meringankan solat kerana bimbang ibunya tidak khusyuk ketika bersolat,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/524613/tak-ikut-akhlak-nabi
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here