Anak dan isteri Pendakwa Syarie maut dalam kemalangan

    0
    731
    FOTO: Ihsan pembaca.

    GOPENG — Dua maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer (KM) 294.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini pagi tadi.

    Kemalangan jam 7.10 pagi itu membabitkan sebuah treler jenis Hino, sebuah lori yang masih belum dikenalpasti jenisnya dan empat kereta jenis Perodua Myvi, Proton Perdana, Honda Civic dan Volkswagen Passat.

    Mangsa yang maut dikenali sebagai Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada beberapa bahagian badan manakala anaknya Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh akibat parah pada kepala dan dada.

    Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri, berkata mangsa yang maut adalah penumpang Proton Perdana yang juga isteri dan anak pemandu, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, yang bekerja di Bahagian Pendakwaan Mahkamah Syariah, Putrajaya yang juga kenderaan terakhir terbabit dalam kemalangan itu.

    Beliau berkata, Ummu Maisarah yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang manakala anaknya Syaima’ duduk bahagian penumpang depan.

    “Dua lagi mangsa yang cedera adalah pemandu Perodua Myvi, Abd RaufT. Qiamuddin, 29, yang patah tangan kanan serta pemandu Honda Civic Chong Wei Shen, 28, luka di kepada dan kedua-duanya kini di rawat di HRPB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

    Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah treler yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh pada lorong kiri.

    “Ketika tiba di tempat kejadian dipercayai, Perodua Myvi yang yang dipandu Ad Rauf tidak sempat mengelak ke kanan dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler berkenaan.

    “Pelanggaran itu menyebabkan Myvi berkenaan berpusing dan berhenti pada lorong kanan. Selepas itu datang sebuah lori yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftaran memperlahankan kenderaan dan di belakangnya terdapat sebuah Volkswagon Passat yang dipandu seorang wanita berusia 31 tahun memperlahankan kenderaan serta menyalakan isyarat kecemasan.

    “Diikuti di belakangnya adalah sebuah Honda Civic yang dipandu Chong Wei Shen, 28 dan tiba-tiba datang Proton Perdana Muhamad Hisyam melanggar bahagian belakang Honda Civic,” katanya.

    Katanya, perlanggaran itu menyebabkan Honda Civic berganjak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan Volkwagon Passat yang kemudiannya berganjak ke hadapan melanggar bahagian belakang lori.

    Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kampar mendapati kematian Ummu Maisarah adalah disebabkan kecederaan parah di kepala manakala anaknya Syaima’ dibedah siasat di HRPB dan sebab kematian adalah kecederaan kepada dan dada.

    “Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    -BH

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here