DAP Buat laporan polis terhadap Omar Faudzar

0
380

Oleh MOHD PUAD ZARKASHI

 

MARAH betul Lim Guan Eng terhadap Datuk Omar Faudzar Ketua UMNO Bukit Gelugor.

Dia arah DAP buat laporan polis terhadap Omar kerana membangkitkan isu pengundi hantu dari China. Ia ekoran laporan Audit Negara 2018, kerana 76,258 daripada 79,799 pelancong China masih tidak keluar.

Kebimbangan Omar semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO 2019 ada asasnya. 20 orang telah ditahan kerana menjual kerakyatan kepada warga China. Mereka inilah yang menjadi pengundi hantu.

Kenapa double standard? Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pernah mendakwa wujud 165,000 pengundi hantu di Perak di PRU ke 14.

Bahkan Pembangkang semasa PRU ke 13 pernah menuduh 43,000 pengundi hantu dibawa masuk dari Bangladesh. Mereka tubuh BERSIH sampai merusuh di jalan.

Tetapi hingga kini, setelah menjadi kerajaan, PH tidak pernah dapat membuktikannya.

Maka kenapa DAP perlu melatah, jika Omar mempersoalkan sikap berdiam diri DAP dalam isu pelancong China yang menghilang, dapat kewarnegaraan dan jadi pengundi hantu?

Tulisan ini hanya pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan dasar atau pendirian bebasnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here