FINAS Lulus permohonan Ahmad Idham pendekkan kontrak perkhidmatan CEO

0
140
FOTO:NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR — Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima dan meluluskan, permohonan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat FINAS dalam kenyataan semalam memaklumkan, pemendekan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut adalah atas sebab peribadi.

“Justeru, Finas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham atas segala sumbangannya, sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS,” menurut kenyataan itu.

Finas juga turut mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.

Ahmad Idham sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 11 Mac tahun ini.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here