Gunung berapi di New Zealand meletup, 100 pelancong hilang

0
779
FOTO: Twitter.

Oleh FETTY RARA

SEBUAH gunung berapi meletup di New Zealand dengan sebahagian daripada kira-kira 100 orang yang berada di persekitarannya masih hilang.

Menurut Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sekumpulan pelancong sedang melawat kawah Gunung Berapi Whakaari di North Island  sejurus sebelum ianya meletup, lapor bbc.com

Difahamkan daripada sumber-sumber media di New Zealand bahawa letupan berlaku pada pukul 2.15 semalam.

Laporan terbaharu memaklumkan bahawa beberapa mangsa dalam keadaan kritikal.

Helikopter penyelamat telah bergegas sedekat yang mungkin dengan lokasi  untuk  memindahkan orang ramai.

KELIHATAN sekumpulan pelancong dalam kawah gunung berapi tersebut sejuruh sebelum letupan / Foto: GeoNet.

Di Whakatane Hospital sebuah pusat kecemasan dibuka bagi membantu pasukan penyelamat pertahanan awam.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar dari bangunan atau rumah.

Setakat ini syarikat Penerbangan Air New Zealand tidak menunda sebarang jadual penerbangan.

FOTO: zurraspismo on Twitter.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

-Bebasnews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here