Restoran Arab Saudi hentikan syarat pintu asing lelaki dan wanita

0
231

Oleh YUSUFF AHMAD SHARIFF

ARAB Saudi tidak lagi mewajib restoran menyediakan pintu berasingan untuk lelaki dan wanita.

Menurut kerajaan negara itu, sebelum ini undang-undang memerlukan semua premis menyediakan satu pintu untuk keluarga dan wanita dan satu lagi pintu untuk lelaki.

Sejak kebelakangan ini syarat tersebut semakin dilonggarkan secara senyap dan banyak restoran tidak lagi mengenakan syarat tersebut.

Dalam pada itu juga dilaporkan bahawa Arab Saudi sedang giat melancarkan usaha membanteras perbezaan pendapat, lapor bbc.com.

Awal tahun ini, satu dekri diraja telah membenarkan wanita mengembara ke luar negara tanpa mendapatkan kebenaran penjaga lelaki, dan pada 2018 negara itu menamatkan sekatan ke atas pemandu wanita.

Dalam pada itu kumpulan aktivis masih mengecam pelbagai undang-undang yang mendiskriminasikan kaum wanita, dan penangkapan beberapa aktivis wanita.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here