Bantuan khas penjawat awam dibayar 18 Dis

    0
    245
    fotoBERNAMA

    BANTUAN Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Dis ini.

    Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

    “Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lain untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam kenyataan.

    Lim berkata bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

    “Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada sejuta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka,” katanya.

    Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas.

    – Bernama

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here