Cuaca melampau: Pelarian terdedah risiko tinggi

0
172
FOTO: Creative Commons.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PELARIAN dan orang yang terlantar di negara sendiri berikutan konflik dalaman didapati lebih terdedah kepada risiko berikutan keadaan cuaca melampau.

Beberapa agensi kemanusiaan memberitahu BBC bahawa keadaan tersebut menimbulkan cabaran utama bagi operasi mereka di beberapa lokasi di dunia.

Antara paling terancam ialah kem-kem penempatan sementara di Afrika dan Asia.

Menurut saintis keadaan cuaca ekstrem sekarang ini akan menjadi sesuatu keadaan yang biasa sekira amaran dikeluarkan secara berterusan seperti kadar sekarang ini.

Bagaimana pun, pakar berkata perubahan cuaca tidak boleh dikaitkan secara terus dengan bencana-bencana yang berlaku.

Mereka berkata kebanyakannya akan berlaku seperti mana diramalkan secara saintifik bahawa kekerapan dan tahap seriusnya akan bertambah dalam keadaan dunia semakin panas.

Antara ancaman berkaitan cuaca melampau termasuk banjir yang menyebabkan pelbagai penyakit merebak apabila kemudahan seperti tandas komuniti ditenggelami air, justeru mencemarkan sumber air minuman dan sebagainya.

-BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here