Kedaulatan undang-undang telah mati – Ismail Sabri

0
287

KETUA pembangkang, Ismail Sabri Yaakob mendakwa kedaulatan undang-undang di negara ini telah mati apabila Peguam Negara Tommy Thomas menarik balik notis rayuan yang telah difailkan terhadap Rafizi Ramli.

Keputusan itu menurut Ismail sangat jelas apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) tunduk kepada naib presiden PKR itu.

“Kes terbaru ini jelas membuktikan kegagalan kerajaan PH. Kedaulatan undang-undang tidak ada lagi di Malaysia.

“Inilah Malaysia Baru. Kedaulatan undang-undang telah mati di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 6 Dis lalu, Rafizi mengkritik Peguam Negara selepas rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan beliau dan kerani bank, Johari Mohamad atas tuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Bekas anggota parlimen Pandan itu juga berharap Thomas melakukan perkara sama dengan mengheret ahli keluarga bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil yang terbabit dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) ke muka pengadilan.

“Peguam Negara telah memfailkan rayuan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Bafia dalam kes NFC.

“Saya harap dia berusaha membawa ke muka pengadilan ahli keluarga bekas menteri yang mendapat manfaat daripada RM250 juta. Tiada seorang pun daripada mereka telah didakwa di mahkamah setakat ini,” katanya menulis di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, Rafizi berkata beliau mengakui adalah hak Peguam Negara untuk membuat rayuan.

Namun katanya, langkah meneruskan dakwaan bermotifkan politik daripada pentadbiran sebelum ini adalah bertentangan dengan pelantikan Thomas untuk melaksanakan pembaharuan.

Sementara itu, Ismail berkata bukan saja pengamal undang-undang, bahkan rakyat biasa juga terkejut dengan kenyataan Rafizi yang ditujukan kepada Peguam Negara.

“Yang jelas dari kes ini kenyataan dari Rafizi bahawa Peguam Negara telah menggunakan kuasa beliau untuk menarik balik dan membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan dan mengapa tidak gunakan kuasa beliau untuk batalkan rayuan terhadap kes beliau.

“Peguam Negara menggunakan kuasa beliau untuk tarik balik rayuan terhadap kes Rafizi setelah diugut oleh Rafizi?” soal Ismail.

Jelas Ismail, ini merupakan peristiwa sangat malang kepada sistem perundangan negara.

https://www.malaysiakini.com/news/503115
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here