Ledakan gunung berapi New Zealand: Keadaan kemusnahan amat mengejutkan – anggota paramedik

0
492
FOTO: Michael Schade.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG anggota paramedik yang dihantar ke White Island, New Zealand untuk menyelamatkan pelancong selepas letupan gunung berapi di situ pada Isnin berkata keadaan di tempat tersebut seperti gambaran dalam siri TV Chernobyl.

Russel Clark memberitahu TVNZ bahawa segala-galanya diliputi abu tebal.

Pada waktu kejadian berpuluh pelancong berada di pulau itu dan enam daripada mereka disahkan maut dan 30 mengalami kecederaan teruk, lapor bbc.com.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern memuji komitmen kru empat buah helikopter penyelamat yang berkejar ke kawasan berkenaan.

Menurut Clark, setibanya di lokasi itu beliau terkejut melihat kemusnahan yang berlaku.

“Saya nampak sebuah helikopter tersadai dengan kipasnya patah,” katanya.

Pada masa kejadian sekurang-kurangnya 47 pelancong dari beberapa buah negara berada di pulau itu.

Hari ini timbul pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut, antaranya persoalan mengapa pelancong dibenarkan berkunjung ke kawasan gunung berapi itu walaupun pakar seismologi GeoNet telah mengeluarkan amaran tentang kebarangkalian berlaku letupan bila-bila masa.

Walaupun seramai 34 orang diselamatkan, seorang telah meninggal dunia dan yang lainnya kini sedang mendapat rawatan di hospital.

Menurut polis mereka tidak pasti keadaan mayat-mayat yang masih dipercayai tertimbus di pulau itu.

White Island masih berbahaya untuk lawatan, tetapi pesawat-pesawat pemantau yang meneliti sekitar kawasan berkata mereka tidak dapat mengesan mangsa yang masih hidup.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here