Penggiat seni gesa Hans Isaac letak jawatan

    0
    746

    Oleh KHADIJAH IBRAHIM

    SEKUMPULAN penggiat seni tanah air mendesak Kementerian dan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Gobind Singh Deo, Pengerusi Perbadanan Perfileman Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac dan beberapa ahli lembaga FINAS agar meletak jawatan.

    Desakan itu dibuat oleh Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara  Malaysia (FDAM), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT), Persatuan  Sinematografi Malaysia (MYSC) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

    Presiden Profima Kapten Khir Ahmad, berkata, desakan itu dibuat kerana didapati mereka tidak dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

    “Kami sepakat mendesak agar Menteri KKMM, Gobind Deo, Hans Isac dan beberapa ahli lembaga pengarah FINAS agar meletak jawatan. Sikap acuh tak acuh Menteri dalam berdepan masalah industri dan tidak mesra dengan penggiat seni menyebabkan kami rasa jauh dan terpinggir.

    “Sehingga kini kami tdak berkesempatan untuk meluahkan atau berbincang tentang masalah industri. Kami merasakan beliau seolah-olah mengelak untuk bertemu kami dalam beberapa majlis yang diadakan,” jelasnya pada sidang media yang diadakan pada hari ini ( 10 Disember) di Kuala Lumpur.

    Khir turut mendakwa yang Hans tidak menghormati penggiat seni kerana pernah berlaku dalam  satu mesyuarat di mana Hans bertindak melulu dengan memberi kata dua kepada penggiat seni sedangkan mesyuarat belum bermula.

    Bukan setakat itu saja, Khir juga mendakwa Hans sering mencampuri urusan Ketua Pegawai Eksekutf FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sehinggakan beberapa perancangan untuk industri terbantut disebabkan jawatan Ahmad Idham direhatkan.

    “Kami tengok macam banyak benda yang tidak kena dengan FINAS, banyak benda yang menjadi tanda tanya termasuklah geran filem yang telah diberikan kepada penerbit tanpa melihat hasilnya.

    “Kami juga ingin tahu kenapa Idham direhatkan. Kalau betul direhatkan, kenapa? Kalau benar dia dipecat, apa alasannya?  Siapa pengganti dia.Sekarang ini banyak urusan penggiat seni yang perlu berurusan dengan FINAS,,” dakwanya.

    Jelas Khir lagi, kalau FINAS tidak boleh menyelesaikan masalah industri lebih baik tutup saja organisasi tersebut. Malah beliau turut mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya berkaitan.

    Turut hadir, Presiden FDAM,  Datuk Ibrahim Ahmad. Presiden PKDM, Mohd. Dean  Lau Abdullah, Timbalaan  Presiden Seniman, Zuraini Kassim, dan mantan Ketua Pengarah FINAS Datuk Kamil Othman.

    Sebelum ini beberapa isu melanda FINAS menjadi bualan penggiat seni. Antaranya adalah isu cadangan penapisan kandungan Netflix dan larangan pelakon muda disolek menjadi tua.

    Kemuncak kemelut FINAS tecetus bila Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham direhatkan secara tiba-tiba pada 5 Disember lalu selepas dilantik pada 14 Mac lalu.

    -BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here