Pelajar desak nama presiden pertama Amerika Syarikat dan panglima tentera digugurkan daripada diploma

0
299
GAMBAR: (kiri) George Washington, (kanan) Robert E. Lee.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

DI Washington & Lee University, Amerika Syarikat nama George Washington dan Robert E. Lee kini menjadi mencetuskan pertikaian.

Ini kerana sesetengah pihak masih berpaut dan yakin kepada ungkapan silam bahawa ‘sekiranya kita tidak mengingati sejarah, kita pasti akan mengulanginya’

Justeru,  mereka berkata tindakan tokoh-tokoh yang hidup beberapa ratus tahun dahulu tidak sepatutnya diukur menggunakan standard yang kita berpegang sekarang.

Pihak lain pula percaya jika sejarah termasuk pengabadian kata-kata keramat individu dan tokoh tertentu yang pada hari ini menyentuh sentimen masyarakat, mereka tidak sepatutnya dikekalkan, terutama di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kedua-dua pegangan itu hari ini menjadi konflik di Washington & Lee University di Lexington, Virginia yang secara tradisi sejak sekian lama meletakkan gambar George Washington dan Robert E. Lee pada skrol diploma sewaktu majlis konvokesyen.

Bagi pelajar undang-undang universiti itu pula kedua-dua tokoh itu tidak mempunyai tempat untuk dikenangkan di universiti tersebut kerana kedua-dua mereka merupakan pemilik hamba abdi.

Robert E. Lee adalah tokoh utama dalam Perang Saudara Amerika, dalam mana beliau mengepalai tentera Selatan.

Turut bersolidariti dan membantah termasuk pensyarah dan juga beberapa kumpulan alumni universiti berkenaan.

Sehingga kini beratus orang telah menandatangani petisyen supaya dinyahkan gambar kedua-dua tokoh tersebut.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here