Pelan Pembangunan Sukan Negara — Realiti atau Omongan?

1
379

Oleh DETEKTIF SUKAN

SIRI 1

SALAM PERKENALAN…Bertemu kita di lembaran baru artikel yang akan lebih memberi penumpuan kepada hala tuju dan perspektif Sukan Negara.

Pelbagai perubahan naik turun sukan di Malaysia walaupun sepatutnya sukan negara telah mencapai satu tanda aras yang tinggi setidak-tidaknya di kalangan negara-negara tetangga malahan di peringkat yang lebih tinggi hatta Asia mahupun Olimpik.

Tulisan ini juga bersangkutan dengan komen bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Datuk Seri Zolkples Embong yang mengulas kegagalan kontinjen negara meraih 70 pingat emas pada temasya Sukan Sea ke-30 di Filipina yang menutup tirainya hari ini:

“Seperti saya katakan dulu, paling kurang atlet kena dapat 76 pingat emas, baru sama pencapaian di Korat. Tapi sekarang tak sampai 60 pingat emas… terburuk dalam sejarah kerana kita belanja banyak duit dan hantar atlet paling ramai.”

Semua sedia maklum Malaysia telah melahirkan beberapa “jagoan asli” yang boleh dikelaskan bertaraf dunia seperti Azizul Hasni Awang, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandalela Rinong, Cheong Jun Hong dan lain-lain.

Nama-nama tersebut sudah terlalu gah sehinggakan menenggelamkan jaguh-jaguh lain yang turut membawa lencana di dada memartabatkan sukannya sendiri.

Persoalannya, apakah negara mempunyai pengganti yang sekental mereka? Jawapannya: Tidak pasti.

Adakah setiap sen wang rakyat dapat membantu membangun dan mencungkil bakat-bakat baru yang dapat menggantikan mereka kelak? Jawapan: Sudah pasti ada. Tapi…

Apakah ada silapnya? Jawapan: Banyak.

Di manakah silapnya? Jawapan: Pengendali sukan di kalangan persatuan, perancangan pembangunan, rancangan strategik sukan, punca kuasa dan penurunan kuasa, jujur dan amanah dan lain-lain lagi.

Siapakah penyebabnya? Jawapan: Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Adakah jalan penyelesaiannya? Jawapan: Ada.

Maka di ruangan ini kita akan mengupas beberapa faktor yang pasti tidak pernah terfikir dek sesiapa pun.

Sebenarnya tiada yang silap dengan cogan kata organisasi induk sukan negara Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu Ke Arah Kecemerlangan Sukan.

Malah jika dilihat kepada Objektif, Misi dan Visi mereka juga amat jelas untuk melahirkan juara-juara baru dunia dan memartabatkan sukan-sukan “olimpik” sebagai sasaran mutlak yang menentukan sukan sesuatu negara itu berjaya atau tidak.

Kupasan akan dibuat satu persatu setiap minggu bersiri agar pembaca dapat melihat secara mendalam apa sebenarnya yang berlaku pada sukan negara kini.

BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Terbaik!..moga2 org ramai dpt menambah pemahaman ttg sukan negara..jika dilihat bentuk kupasan2 yg akan di bebaskan..sama mcm nama bebasnews..😋

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here