Da’i Farhan didakwa langgar undang-undang keluarga Islam

"Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam di pandang hina."

0
600
DA'I Farhan dan isteri baru. /EMAIL

SHAH ALAM — Kemelut rumah tangga juara program Dai’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam.

Rakan baik kepada bekas isteri pertama Nik Farhan, Nafsarah Maliki membuat aduan berkenaan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di sini, hari ini.

Nafsarah yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim, ketika ditemui berkata pihaknya membuat laporan mengenai perkara itu untuk menghentikan insiden yang boleh dilihat sebagai penghinaan kepada kesucian dan imej agama Islam.

“Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam di pandang hina.

“Ini termasuk tindakannya yang mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahmakah,” katanya di sini, hari ini.

Nik Ahmad Farhan didakwa melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 di bawah enakmen sama yang memperuntukkan hukuman bagi Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.

Katanya lagi, Nik Ahmad Farhan juga didapati menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.

“Bagi kesalahan itu, Nik Ahmad Farhan sudah pun melakukan kesalahan mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Nik Ahmad Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

NAFSARAH Maliki (kanan) ditemani peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim, membuat aduan kepada JAIS bahwa Da’i Farhan melanggar undang-undang keluarga Islam di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. NSTP/SAIRIEN NAFIS

Katanya lagi, Nik Ahmad Farhan yang juga ikon dakwah turut melakukan penghinaan yang boleh menyebabkan agam Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Sebelum ini tiada aduan dibuat berhubung perkara ini sedangkan jelas ia berbentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Jadi, dengan aduan yang dibuat, pegawai penguatkuasa agama boleh memulakan siasatan lanjut berhubung kesalahan yang dilaporkan Nafrasah terhadap Nik Ahmad Farhan.

“Dengan laporan ini, saya berharap ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pihak lain pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nafsarah berkata dia masih belum menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka daripada Nik Ahmad Farhan biarpun sudah memberi tempoh 24 jam.

Pada 28 November lalu, Nik Ahmad Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap Nafsarah kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinanya bersama isteri kedua, Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama.

Nafsarah menerusi sebuah kenyataan kemudiannya memaklumkan saman fitnah yang dibuat terhadapnya telah ditarik balik.

Maklumat itu disampaikan melalui keluarga Fatin Nurul Ain dan Nafsarah kemudiannya menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka.

-NSTP
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here