Datuk Kam bersara, Bukhari pangku tugas terajui JCorp

0
421
DATUK Kamaruzzaman Abu Kasim.

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

JOHOR BAHRU — Johor Corporation (JCorp) mengumumkan persaraan Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, hari ini.

JCorp dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau yang mesra disapa dengan panggilan ‘Datuk Kam’ berusia 55 tahun.

Persaraan beliau yang sudah berkhidmat 27 tahun termasuk sembilan tahun menerajui JCorp berkuat kuasa 31 Disember ini.

Naib Presiden Bahagian Tanggungjawab Korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman akan memangku tugas yang ditinggalkan Kamaruzzaman.

Menteri Besar, Datuk Sahruddin Jamal yang juga Pengerusi JCorp mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti Kamaruzzaman selama ini serta mengalu-alukan perlantikan Bukhari memangku tugas berkenaan.

Selama hampir tiga dekad bersama JCorp, Kamaruzzaman telah mencurahkan khidmat bakti bermula dengan beberapa peranan dalam jabatan kewangan sehingga mengisi jawatan Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2006.

Beliau seterusnya menggalas sepenuhnya tanggungjawab sebagai Presiden  dan Ketua Eksekutif JCorp pada Disember 2010 menggantikan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Kamaruzzaman telah menjadikan JCorp sebagai badan pelaburan negeri yang sangat dinamik di negara ini.

Kecekapan beliau mengemudi JCorp ketika menempuh krisis kewangan global pada tahun 2008-2009 telah mengukuhkan lagi kedudukan kewangan JCorp selepas itu.

Dalam tempoh kepimpinan beliau juga, nilai aset bersih kumpulan  terus meningkat sehingga tahun kewangan 2018.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here