Dedah pemilik, SSM beritahu syarikat menjelang undang-udang baharu

0
441

KUALA LUMPUR — Bermula tahun depan, syarikat-syarikat mesti dedahkan pemilik-pemilik mereka mengikut undang-undang baharu untuk menangani masalah perniagaan haram dan “shell company”, kata Suruhanjaya Syarikat (SSM).

SSM berkata syarat-syarat itu dalam kerangka Pemilikan Benefisial Telus, yang diharap akan dilaksanakan menjelang suku tahun pertama 2020.

Pemilikan benefisial merujuk kepada individu-individu yang melabur, mengawal, atau mendapat manfaat daripada suatu aset, seperti akan bank, hartanah, syarikat, atau amanah, tetapi tidak tersenarai sebagai pemilik sah secara terbuka.

SSM berkata syarikat yang gagal mendedahkan pemilik mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM50,000.

“Kami beri mereka masa kerana beberapa pemilik itu mungkin di luar negara,” kata Norhaiza Jemon, yang mengetuai Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan SSM.

Katanya, SSM mengambil pandangan pemegang taruh dan akan mula pandu syarikat mengemaskini maklumat mereka.

Beliau berkata terdapat kira-kira 700,000 syarikat aktif pada ketika ini dan 1.8 juta lagi tidak aktif.

“Cabarannya adakah maklumat diberi itu tepat,” katanya.

Norhaiza dalam ucapannya di majlis anjuran Transparency International Malaysia dan Malaysian Reform Initiative berkata beberapa syarikat mungkin dikecualikan daripada peraturan baharu itu.

Antara syarikat berkenaan adalah institusi kewangan dan syarikat tersenarai awam, tetapi pengecualian itu tidak termasuk anak-anak syarikat kepada syarikat tersenarai awam.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam ucapanya berkata ia perlukan peruntukan undang-undang untuk tangani isu berkaitan pemilikan benefisial.

Latheefa berkata maklumat pemilikan benefisial terbukti penting untuk pihak berkuasa dan usaha wajar sektor korporat.

“Akhirnya, ia akan menjelaskan pemilikan sebenar, dan ketelusan dalam pengurusan syarikat apabila ia mahu memasuki suatu aturan, perkongsian, atau sebarang hubungan perniagaan yang lain,” katanya.

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here