Mana ada negara di dunia tiada bahasanya sendiri?

0
242

Komentar DATUK REJAL ARBEE

APAKAH agaknya berada dalam benak segelintir orang yang kononnya rakyat negara ini, tetapi masih tidak mahu dan tidak boleh terima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara?

Bagi saya mudah sahaja. Jika perkara tentang bahasa negara sendiri pun terus menerus tidak mahu diterimanya, kenapa mahu terus mendiami di negara ini?

Nyah sahajalah dari sini!

Kita rakyat yang taat setia kepada Malaysia tidak mahu mereka berterusan berada dalam negara ini.

Saya minta sesiapa sahaja yang masih tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini supaya keluar dari sini.

Kenapa mahu terus mendiami negara ini kalau bahasanya sendiri pun tidak mahu terima?

Mana ada negara di dunia ini yang tidak mempunyai bahasanya sendiri?

Kini sudah tiba masanya kerajaan memberikan kata dua kepada anasir-anasir itu semua; jika mereka masih tidak mahu menerima dan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia, lebih baik mereka berambus sahaja dari tanah kita ini.

Jangan sekali kali mengaku sebagai rakyat Malaysia hinggakan bahasa negara sendiri pun mereka tidak boleh terima!

Kerajaan mesti bertindak tegas terhadap anasir-anasir anti-nasional ini sebelum terlambat.

Terbaharu, timbul pula berita tentang sekolah vernakular Cina menyanyi lagu kebangsaan  Negaraku dalam bahasa Mandarin. Ini sudah melampau!

Semua guru, khususnya guru besar mereka mesti dipanggil oleh pihak kementerian dan diberi kata dua supaya menghentikan bersikap anti nasional sebegini.

Kalau mereka masih berdegil, mereka perlu berambus sahaja dari sini. Malaysia tidak mahu mereka berterusan berada dalam negara!

Sekolah-sekolah ini sepatutnya ditutup dan dilarang daripada berterusan beroperasi.

Mereka perlu keluar sahaja dan pilih untuk tinggal di negara China, Taiwan atau Hong Kong.

— BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here