Ombak Rindu The Series ‘supertele’ paling mahal?

0
546
REMY Ishak dan Izara Aishah dalam satu babak Ombak Rindu The Series yang mula ditayangkab di Iflix pada 5 Disember lalu.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

MENERBITKAN sebuah karya daripada layar lebar (filem)  ke platform streaming digital, Iflix, bukanlah satu perkara yang mudah, sementelah pula jika karya tersebut pernah menjadi satu fenomena pada tahun 2011 sebagai sebuah filem cinta romantik yang menjadi sebutan ramai.

Jika karya seni di platform streaming digital tidak boleh melebihi kehebatan filem berkenaan sekurang-kurangnya ia setanding dengan filem yang diminati ramai ketika ditayangkan di pawagam lapan tahun lalu.

Menyedari itulah, Infinitus Productions tidak teragak-agak mengeluarkan bajet lebih RM1juta kerana yang penting bagi mereka kualiti dan tanda aras untuk syarikat mereka dalam menghasilkan drama dan supertele bermutu untuk Iflix.

Penerbit yang juga Penerbit Eksekutif Infinitus Productions, Gayatri Su-Lin Pillai memberitahu.

PENGARAH, Osman Ali di set
penggambaran Ombak Rindu The Series.

“Pihak kami sanggup membelanjakan lebih RM1 juta untuk supertele empat episod ini kerana bagi kami para pelakon yang punya nama dan lakonan yang hebat itu amat penting dalam menzahirkan drama berkualiti.

“Disamping barisan pelakon, lokasi dan pemandangan yang cantik juga memainkan peranan penting disamping tenaga kerja di belakang tabir.”

Bagaimanapun katanya, Ombak Rindu The Series yang diterbitkan itu bukan karya dari layar lebar yang diterjemahkan ke platform streaming digital tetapi ia diinspirasikan dari novel Cinta Tiada Akhirnya (2005) dan Rindu Cintaku (2008) yang merupakan sambungan daripada novel Ombak Rindu karya Fauziah Ansari.

BADRUL Muhayat dan Diana Danielle turut berlakon dalam drama Ombak Rindu The Series.

Jika filem Ombak Rindu berakhir dengan Hariz dan Izzah berkahwin, dalam  supertele ini anda dibawa menghayati kehidupan pasangan suami ini setelah empat tahun perkahwinan mereka.

Bagaimanapun drama berdurasi 90 minit ini yang mula ditayangkan pada 5 Disember lalu di Iflix masih mengekalkan Osman Ali sebagai pengarah.

Gayatri Su-Lin Pillai memberitahu pihaknya mengambil usaha menerbitkan supertele ini memandangkan filem tersebut pernah menjadi fenomena ketika ditayangkan dahulu.

Meskipun drama yang memaparkan elemen cinta, hasad dengki, dendam, keinsafan dan kekeluargaan masih mengekalkan dua watak utama iaitu Hariz dan Izzah tetapi dengan dua pelakon berbeza.

“Sememangnya supertele ini masih memfokuskan Hariz dan Izzah dengan pelakon utamanya Remy Ishak dan Izara Aishah.

Uqsha Senrose antara watak penting dalam supertele Ombak Rindu The SriesX

Ombak Rindu The Series membawa anda mengikuti kisah cinta sejati yang selalu diuji.

Hariz (Remy Ishak) dan Izzah (Izara Aishah) walaupun dari dua dunia berbeza tetapi telah menemui cinta yang sempurna. Tetapi cinta mereka diuji apabila rahsia silam kembali mengancam kebahagiaan mereka berdua.

Konflik rumahtangga Hariz bermula apabila Izzah hilang dan muncul Suri yang mirip Izzah. Hariz berusaha membuktikan Suri adalah Izzah.

Bukan itu sahaja, malah kehidupan silam Hariz menyebabkan hubungan pasangan suami isteri ini semakin diuji.

Selain Remy Ishak dan Izara Aishah, Ombak Rindu The Series turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Datin Diana Danielle dan Badrul Muhayat.

Selain Ombak Rindu The Series, yang boleh anda tonton di https://iflix.watch/OmbakRindu,

Infinitus Productions juga telah menerbitkan tiga filem iaitu “J Revolusi” (2017) yang memperolehi kutipan sebanyak RM7.2 juta, diikuti oleh filem “Hantu Kak Limah” (2018) yang memperolehi kutipan sebanyak RM38.6 juta dan terbaru ialah filem “Sangkar” dengan kutipan sebanyak RM13 juta.

Disamping itu, Infinitus Productions juga bakal kembali dengan filem terbaru yang dijangka menemui penonton pada pertengahan tahun 2020, “J2: J Retribusi” dimana filem ini adalah sekuel kepada filem J Revolusi.

Infinitus Productions juga bakal memulakan penggambaran filem seram “Talbis Iblis” pada akhir Disember ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here