Oleh FETTY RARA

GAMBIA mengecam pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana menyepi berhubung kezaliman terhadap penduduk Muslim Rohingya.

Negara Afrika majoriti Muslim itu telah menuduh Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat Rohingya yang kini menjadi kes di mahkamah tertinggi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut peguam Suu Kyi tidak mempedulikan segala dakwaan berhubung pembunuhan genosid, rogol dan pengusiran yang dilakukan ke atas kaum tersebut.

Pemegang Anugerah Nobel Keamanan itu, sebaliknya, mempertahankan negaranya dengan mengatakan bahawa apa yang dakwa itu semua tidak lengkap dan tidak benar.

Dalam hujah penutup beliau di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam beliau lanang berkata kes genosid itu boleh membantutkan usaha perdamaian.

Beribu kaum Rohingya dibunuh dan lebih 700,000 melarikan diri ke Bangladesh sepanjang kempen yang dilancarkan oleh kaum majoriti agama Buddha di Myanmar.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here