Siapa kata TDS 2019 tak jadi?

0
284
MOHD. Idris Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan replika penajaan venue Peringkat Kelima TDS 2019 kepada Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Oleh KAKI BANGKU
PENGARAH Perlumbaan Tour de Selangor (TdS) 2019, Noradiazhar Sulaiman menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu dan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin bahawa saingan jelajah berbasikal dari 18 hingga 22 Disember ini bakal dibatalkan.

Tegasnya, tidak timbul langsung ura-ura itu apatah lagi dengan kerajaan negeri Selangor yang memberikan kerjasama dan komitmen 100 peratus daripada segi persiapan dengan syarikat penganjur TdS 2019, Masterpacer Venture sejak beberapa bulan lalu.

“Tiada penarikan diri daripada 20 pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mahupun pembatalan TdS 2019. Kerajaan Selangor pun sudah berikan 100 peratus kerjasama dan komitmen padu dalam persiapannya.

“Saya anggap dakwaan tersebut sebagai berniat tidak baik namun semua ini hanya akan membangkitkan semangat kami untuk menjadikan TdS edisi kedua ini sebagai perlumbaan yang lebih baik dan lebih berjaya,” katanya yang juga Pengarah Urusan Masterpacer Venture.

Terdahulu beliau ditemui pada majlis penyerahan penajaan venue permulaan peringkat kelima TdS 2019, Klang ke Shah Alam sejauh 111.9 kilometer oleh Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor semalam.

Penyerahannya disampaikan Pengurus Besar Sime Darby Property, Ir. Mohd. Idris Abdullah dan disaksikan juara keseluruhan TdS 2017, Muhammad Zawawi Azman yang juga pemilik jersi Merah dan Kuning edisi sulung itu.

MUHAMMAD Zawawi Azman

Pelumba Sapura berusia 25 tahun ini berkata, “saya kembali menyertai TDS untuk mempertahankan milik saya, dua tahun lalu. Saya masih bermotivasi untuk memenangi perlumbaan terakhir bagi 2019 ini selepas baru selesai dengan Sukan SEA Filipina.

“Jarak laluan ke Bukit Jugra, Banting (peringkat ketiga) yang diperkenalkan tahun ini saya tidaklah panjang sangat (90.5 km) namun perlumbaannya akan jadi lebih agresif dan getir apabila ramai pelumba akan berasa segar untuk mendakinya,” katanya.

Bukit Jugra, Banting yang setinggi 120 meter dari aras laut menjadi garisan penamat peringkat ketiga TDS dari Cyberjaya pada 20 Disember dengan kelima-lima peringkatnya kali ini merangkumi kayuhan sejauh 690.4 kilometer.

Peringkat satu meliputi perlumbaan sejauh 182.3 km dari Pulau Indah, Pelabuhan Klang ke Batang Kali diikuti kedua (Sungai Buloh ke Kajang, 160.5 km) manakala yang keempat, Selayang ke Sungai Besar (145.2 km).

Mengenai pencapaian hambar tempat ke-16 dalam Sukan SEA di Tagaytay, Filipina, baru-baru ini, Zawawi menganggapnya berpunca daripada kegagalan menyertai peloton yang melakukan pemecahan pada 20 kilometer awal.

“Disebabkan saya tidak mengekorinya, saya terpaksa getir bergelut untuk menangkap mereka pada penghujung perlumbaan. Laluan acara lebuh raya lepas beramai-ramai Sukan SEA itu banyak berbukit dan kayuhannya memang berat.

“Sedangkan ramai pelumba kita lebih kepada laluan mendatar dan mereka bukanlah pelumba pendaki yang tulen seperti ramai pelumba tuan rumah,” katanya yang mencatat masa tiga jam 26 minit 18 saat di sana.

Pencapaian anak jati Parit Buntar, Perak ini masih yang terbaik antara lima pelumba negara yang bersaing termasuk Nik Mohd. Azwan Zulkifle (21), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (22), Muhammad Ameer Ahmad Kamal (32) dan Mohd. Shahrul Mat Ami (33).

Zawawi mengumpul catatan 13 jam 5 minit 12 saat untuk mengesahkan status selaku pemenang mutlak jersi kuning TdS dua tahun lalu selain menyarung jersi merah selaku Raja Bukit edisi sulungnya dengan 12 mata.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here