Tindakan perundangan ke atas Muhammad Yusoff Rawther

    0
    587
    MUHAMMAD Yusoff Rawther keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas memberi keterangan selama 7 jam berhubung siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

    KUALA LUMPUR — Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, akan mengambil tindakan perundangan terhadap bekas penyelidik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammad Yusoff Rawther.

    Katanya, tindakan itu diambil susulan kenyataan Muhammad Yusoff pada sidang media yang disiarkan di laman Facebook, ‘Solidariti Buat Muhammad Yusoff Rawther’ pada 4 Disember lalu.

    “Selepas meneliti transkrip sidang media oleh (Muhammad) Yusoff baru-baru ini, apa yang dikatakannya adalah subjudis dan berbaur fitnah.

    “Oleh itu saya mengarahkan peguam mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan apa yang disebut sewaktu sidang media yang disiarkan di laman Facebook ‘Solidariti Buat Muhammad Yusoff Rawther’ pada 4 Disember 2019,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Dalam sidang media berkenaan, Muhammad Yusoff membaca akuan bersumpahnya yang antara lain mendakwa Presiden PKR itu bersikap tidak senonoh terhadapnya dalam kejadian di Petaling Jaya, 2 Oktober tahun lalu.

    Anwar bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan bertegas sibuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang ditandinginya pada tarikh berkenaan.

    Dalam klip video sidang media sama, Muhammad Yusoff turut mendakwa Farhash Wafa Salvador menyerangnya pada di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada 16 Mei lalu, namun laporan polis yang dibuat mengenai perkara itu didakwa diabaikan.

    Farhash Wafa Salvador berkata, sebelum ini beliau dinasihatkan untuk tidak memberi kenyataan berhubung tindakan yang disifatkan boleh menjejaskan siasatan terhadap dakwaan dibuat Muhammad Yusoff.

    Katanya, keputusan itu juga demi menghormati proses perundangan negara berikutan kes sivil membabitkan Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, yang sedang berjalan.

    September lalu, Muhammad Yusoff dilaporkan memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian diserang Farhash Wafa Salvador.

    Usaha BH menghubungi Farhash Wafa Salvador menerusi panggilan telefon dan mesej WhatsApp bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakan perundangan yang akan dibuat, tidak dijawab.

    BH
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here