Anak penyanyi Nora meninggal dunia

    0
    1053
    PENYANYI, Nora Ariffin berada di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi melihat jenazah anaknya, Alif Johan. NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

    KUALA LUMPUR — Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Muhd Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia pagi ini.

    Perkara berkenaan disahkan Nora sendiri menerusi sebuah video di laman Instagramnya.

    “Innalillahiwainnailaihiraji’un. Allah uji saya sekali lagi. Saya nak beritahu semua, anak saya Alif Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumah saya.

    “Arwah akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Mohon maafkan semua kesalahan dia,” katanya.

    Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian anaknya itu.

    Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

    BERNAMA
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here