KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Kedua-dua kawasan itu diramal mengalami hujan yang sangat lebat dijangka berterusan sehingga esok (15 Dis).

Jabatan itu dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga sehingga esok di Rompin, Pahang dan tujuh kawasan di Johor iaitu Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Amaran cuaca waspada (kuning) pula berkuat kuasa sehingga Ahad, 15 Dis diramal di Pekan, Pahang, dan Tangkak, Johor.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh itu.

Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di persisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.

— BERNAMA

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here