Dapatkah Aung San Suu Kyi bolos daripada tuduhan dan lebih 700,000 orang saksi kaum Rohingya?

1
303

Oleh FETTY RARA

SENARIO sekarang dilihat pelik apabila Aung San Suu Kyi yang pernah pada satu ketika dahulu menjadi mangsa kerajaan junta kuku besi Myanmar bertukar pendirian dan sebaliknya mempertahankan negara beliau bersabit tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap kaum Muslim Rohingya.

Selepas beliau dibebaskan daripada tahanan pada 2010, beliau disanjung dan diraikan okeh putera raja, presiden dan perdana menteri di mana-mana.

Tapi sekarang lain keadaannya apabila beliau dibenci dan dikecam berikutan keengganan untuk menangani masalah kekejaman ke atas kaum Rohingya oleh rejim tentera Myanmar.

Kehebatan ruang dalam Istana Keamanan di The Hague sepatutnya begitu selesa bagi seorang tokoh pemenang Hadiah Nobel untuk Keamanan, seperti beliau, tapi realitinya berbeza sungguh.

Tiada lagi bagi beliau tepukan gemuruh atau permaidani merah.

Sebaliknya, kelibat beliau di situ umpama seorang banduan yang berdepan dengan hakim.

Setelah dua tahun dibicarakan oleh mahkamah pendapat awam, Aung San Suu Kyi kini bergelut dengan dilema untuk meyakinkan panel 17 hakim ICJ bahawa kononnya kerajaan tentera Myanmar tidak bersalah.

Ketokohan pejuang hak asasi manusia yang amat disegani itu sekarang kelihatan amat kerdil apabila berdepan dengan keterangan oleh lebih 740,000 orang saksi terdiri daripada pelarian kaum Muslim Rohingya minggu ini.

Yang membimbangkan ialah lembaga hitam kuasa veto China yang mungkin akan boleh menolak segala dakwaan jenayah ke atas kerajaan Myanmar dan menyekatnya daripada dibawa ke muka pengadilan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kita ikuti rentetan peristiwa nanti.

BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Aung San Suu Kyi akan menang. Buat homework dari pelbagai sumber dengan Jujur… anda akan Ketemukan💪✌👍👌😉🦁

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here