JOHOR BAHRU — Mangsa banjir di negeri ini meningkat lagi kepada 2,640 orang membabitkan 703 keluarga berikutan hujan lebat hampir 24 jam sejak tengah hari semalam,menjejaskan kira-kira enam daerah setakat jam 9 malam ini.

Sebanyak empat lagu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini menjadikan jumlahnya meningkat kepada 46 dengan daerah paling terjejas adalah Kluang dengan 18 PPS diikuti Kota Tinggi (12),Mersing (10), Segamat (4) manakala Muar dan Kulai pula masing-masing membuka sebuah PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam kenyataanya berkata, mangsa banjir di Kluang meningkat secara mendadak kepada 680 orang daripada 187 keluarga berbanding hanya 219 mangsa daripada 61 keluarga, jam 3 petang tadi.

18 PPS di Kluang membabitkan Sekolah Kebangsaan Sri Kencana

membabitkan 148 mangsa,

Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi (81), Balai Raya Kampung Contoh,Kahang (70), Balai Raya Kampung Muhibbah, Paloh (45), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)Ping Meng (37) danSK Kahang Batu 28 (37).

Turut terbabit,SK Simpang Renggam (55), Balai Raya Kampung Chokro (74), Dewan Kolam Air (30), Balai Raya Parit Haji Hashim (27), SK Sri Lukut (26) dan SMKSri Perdana Jalan Niyor (18).

Selain itu,Balai Raya Kampung Bentong Dalam (6) ,Kampung Parit Hasan (5), Sekolah Agama Kampung Tengah (4), Balai Raya Kampung Melayu Batu 4 Paloh (8), Balai Raya Kampung SC Jaya Sepakat (6) dan Sekolah Agama Layang-Layang (2).

Sebanyak 12 PPS pula dibuka di Kota Tinggi dengan seramai 839 mangsa daripada 214 keluarga membabitkan SK Sedili Kecil dengan jumlah mangsa teramai iaitu 153 orang,Dewan Raya Sri Mahkota (135), Balai Raya Kampung Sentosa (90), SK Teluk Ramunia (58), SK Sedili Besar (29),Dewan Kampung Baru Sungai Mas (30), SK Mawai (23), SK Gembut (118), Surau Kampung Singapura (7).

Turut terjejas di Kota Tinggi adalah SK Seri Setia Jaya (85), Balai Raya Kampung Perpat (39) dan Balai Raya Kampung (23).

Mangsa banjir di Mersing pula melonjak kepada 1,007 orang daripada 277 keluarga berbanding hanya 388 penduduk daripada 101 keluarga jam 3 petang tadi.

Sepuluh PPS yang dibuka di Mersing pula adalah SK Tenglu dengan mangsa banjir seramai 212 orang,SK Mersing Kanan (18),SK Air Papan (186),SK Bandar Endau (82), PPK Endau (63) dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin (115).

Turut terjejas di Mersing adalah SK Labong (162), SK Pusat Air Tawar (99), SK Terang (11) dan Sekolah Agama Pengkalan Batu (40).

Segamat pula meningkat kepada seramai 230 mangsa banjir daripada 62 keluarga membabitkan empat PPS iaitu SRJKC Ai Chun (134), Dewan Serbaguna Kampung Pekan Air Panas (40), Balai Raya Kampung Usaha Jaya (53) dan Balai Raya Kampung Bukit Tunggal (3).

Di Muar pula sebanyak 17 mangsa banjir ditempatkan di Bangunan GPW Maokil manakala seramai 80 mangsa banjir daerah Kulai ditempatkan di PPS Surau Sungai Siam, Layang-Layang.

Pegawai sekretariat dihubungi memaklumkan paras sungai utama di Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Segamat, Muar dan Batu Pahat juga kini pada paras berjaga-jaga dengan pemantauan berterusan dibuat.

“Empat laluan utama di Kota Tinggi juga ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana banjir iaitu Jalan Batu 18, Jalan Ladang Pasir Logok-Ladang Bukit Kelompok dan Jalan Ladang Bukit Payung (Tenggaroh)di kawasan Kampung Tunjuk Laut selain Jalan Kampung Mawai Lama di Kampung Mawai Lama, berikutan paras air yang dalam dan deras,” katanya.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Segamat pula memaklumkan seramai 169 penduduk Orang Asli di Perkampung Orang Asli Selai, Bekok,terputus hubungan keluar masuk apabila jambatan menghubungi kampung berkenaan ditenggelami banjir sejak tengah hari tadi.

BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here