MBSA buka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian

0
257

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan permohonan bazar Ramadan secara atas talian (online) untuk pengeluaran permit Bazar Ramadan pada tahun ini.

Permohonan secara atas talian ini boleh dilakukan oleh orang ramai mulai 1 Disember sehingga 31 Disember tahun ini melalui laman sesawang MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.

“Sebanyak 31 lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak MBSA pada tahun ini.Antara lokasi tapak bazar tersebut adalah di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20.

“Selain itu di Seksyen 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3,  U5, U8, U10, U13, U19 dan U20 turut menyediakan lokasi Bazar Ramadan untuk peniaga yang berminat,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrin berkata, senarai jenis jualan serta kadar bayaran permit boleh dirujuk melalui laman sesawang tersebut.

Beliau menambah, penyeragaman khemah dengan harga yang dikenakan akan ditetapkan kemudian.

Sebarang pertanyaan berkenaan Permit Bazar Ramadan, sila hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-55105133 sambungan 1753, 1317 dan 1small9.-Bebasnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here