‘Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..’ – Nora

0
434

KUALA LUMPUR — “Alif tidak pernah tinggi suara dengan saya, setiap hari bertanya khabar, selalu mahu saya bahagia.”

Demikian luahan hati sedih penyanyi Nora Ariffin yang kehilangan anak keduanya pagi semalam, Muhammad Syakir Alif Johan, 20 tahun.

Menurut Nora, beliau mengampunkan semua dosa-dosa anaknya dan meredai pemergiannya kembali ke Rahmatullah menyusuli arwah suaminya, Johan Nawawi, kira-kira dua tahun lalu.

“Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, Alif tidak pernah meninggikan suara kepada saya.

“Malah, arwah sering bertanyakan khabar saya. Dia adalah anak yang selalu ingin lihat saya bahagia.

“Alif mahu pergi jumpa papa ye? Rehatlah di sana,” luah Nora menerusi satu muat naik video persembahan nyanyian arwah di laman Instagram hari ini.

Di ruangan kapsyen itu juga, Nora turut memaklumkan bahawa jenazah Alif akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan dengan pusara suaminya, kira-kira jam 3 petang, hari ini.

Nora juga memaklumkan bahawa majlis tahlil akan diadakan di Masjid Kg Tunku malam ini, selepas arwah selesai dikebumikan.

Alif menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke PPUM pada pagi Sabtu.

Dia sebelum itu dilaporkan rebah di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor.

Nora yang juga penyanyi lagu ‘Di Persimpangan Delima’ berada di Singapura ketika menerima khabar duka itu.

Sejurus dimaklumkan mengenai pemergian Alif, Nora segera kembali ke tanah air.

Pada 24 Mac 2017, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin kehilangan suaminya, yang juga seorang komposer ternama tanah air.

 

View this post on Instagram

 

Alif pegi jumpa papa…. Dia tak balik dah.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/alif-pergi-jumpa-papa-dia-tak-balik-dah-nora-225364/

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here