Beg tangan LV Vida bakal jadi hadiah

0
435
VIDA terkedu bila Cik B minta beg tangan LV miliknya untuk dijadikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

TERKEDU Datuk Seri Vida apabila Cik B minta beliau menghadiahkan koleksi beg tangan Louis Vuitton (LV) miliknya untuk diberikan kepada pengunjung bertuah karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 nanti.

Cik B atau nama sebenarnya, Edlyn Zamilleen Muhammad Amin, 14, pada sidang media menguar-uarkan festival yang dianjurkan oleh anak syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd., iaitu Cik B Boba Lova Niaga, secara spontan membuat permintaan tersebut.

“Mama, Cik B nak request daripada mama untuk lucky draw, beg tangan limited edition LV mama. Kalau hadiah menarik barulah orang ramai datang membeli.

“Ala, mama kalau beli beg tangan pun buat rugi saja sebab mama bukan pakai. Cik B nak yang belum diguna lagi tak nak yang pre love sebab nak hadiahkan kepada pengunjung bertuah,” kata Cik B jujur.

Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 bakal berlangsung pada 20 hingga 22 Disember ini di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam, bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Beg tangan yang bakal dihadiahkan oleh Vida itu boleh dimenangi oleh pengunjung yang telah membeli barangan bernilai RM100 lebih dalam satu resit.

Resit tersebut perlu ditunjukkan kepada kakitangan bertugas untuk melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah tersebut.

Permintaan Cik B itu bukanlah masalah kepada Vida kerana secara peribadi beliau mempunyai banyak koleksi beg tangan mewah.

ANTARA rakan artis yang akan menyertai Cik B Vaganza Food Fest pada 20 – 22 Disember ini di Shah Alam.

“Okey, nanti kita pilihlah sama-sama. Pastikan ramai yang hadir dan membeli-belah bagi menyokong penjualan peniaga pada hari tersebut nanti. Insya-Allah pengunjung bertuah boleh dapat beg tangan atau barang eksklusif lain yang disediakan. Sebenarnya, saya takut nak cakap lebih pasal hadiah ni.

“Untuk hadiah cabutan bertuah, kita akan bawakan satu koleksi beg LV saya yang belum dipakai lagi. Saya akan pilih secara live di FB Sayang-Sayang DSV dan IG Dato Seri Vida untuk kita bawakan benda yang sangat eksklusif dan bernilai ini ke Cik B Vaganza Food Fest,” kata Vida yang menurut kehendak Cik B tanpa banyak alasan.

Jelas Vida atau Hasmiza Othman, karnival yang julung kali diusahakan oleh Cik B, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Cik B Boba Lova Niaga itu akan menempatkan 200 usahawan termasuk 60 lot perniagaan untuk rakan artis.

Tambah Vida, Cik B Vaganza Food Fest 2019 merupakan satu karnival yang bakal mengembalikan nostalgia para pengunjung kerana ia umpama fun fair.“Hiburan dan makanan disatukan dalam fiesta yang julung kali diadakan seperti ini. Hiburan bukan sekadar mendengar nyanyian tapi bersama keluarga macam ala-ala fun fair.

CIK B bakal mengikut jejak langkah Vida dalam bidang perniagaan.

“Program ini berbeza dengan festival yang pernah dianjurkan sebab kami ada dinasor, rumah hantu, pesta lampu, permainan kanak-kanak dan aktiviti keluarga. Saya harap tak hujan atau panas supaya orang selesa untuk membeli-belah,” jelasnya.

Beliau yang sering menyertai karnival jualan sebelum ini berkata, idea untuk menganjur program tersebut tercetus selepas kecewa dengan tanggpan orang ramai terhadap produk kosmetiknya.

“Perniagaan kosmetik saya sekarang ini agak perlahan sebab saya kecewa sangat kerana apa saja dagangan dikaitkan dengan Cik B. Kenapa Cik B tak putih, kenapa Cik B tak kurus dan tak cantik. Saya kata tak apa, aku akan jadikan kekurangan itu sebagai satu kelebihan.

“Saya bagi peluang kepada Cik B untuk berniaga, saya groom Cik B sebab perkara ini kena praktikal. Bisnes bukan pasal teori tapi cakap dan buat. Walaupun Cik B malu, memang saya paksa Cik B buat promosi di IG.

“Lagipun Cik B banyak terlibat dalam Food & Beverage, jual makanan. Makanan Cik B, bukan sembarangan kerana crumpso dan boba lova milk tea akan mula difrancais pada tahun depan. Supaya Cik B boleh bawa F&B, bisnes dia dan saya dalam minuman kesihatan dan kosmetik,” tambahnya.

Vida berharap peluang yang disediakan itu dapat diguna oleh rakan artis dan usahawan kecil yang mahu berniaga untuk memasarkan produk masing-masing.

Bagi yang ingin turut serta dalam festival ini boleh boleh melayari Facebook atau Instagram Cik B Vaganza Food Fest untuk mengetahui keterangan lanjut.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here