Jumlah kematian mangsa gunung berapi New Zealand meningkat, dua masih hilang

0
197
FOTO: Polis New Zealand.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG mangsa yang belum dikenal pasti meninggal dunia di Australia, sementara 20 masih menjalani rawatan rapi kerana melecur.

Jumlah kematian kini meningkat kepada 16 orang.

Hari ini (Ahad) pasukan penyelamat kembali ke White Island untuk cuba mencari dua lagi mayat.

Lapan anggota pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan ke kawasan di mana sekurang-kurangnya satu mayat dipercayai berada.

“Kami tidak menemui mayat di kawasan tersebut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mike Clements.

Polis berkata mereka komited untuk terus cuba mengeluarkan kesemua mayat melalui usaha penyelam polis dan tentera di sekitar perairan pulau tersebut, lapor bbc.com.

Semalam, setelah menemui satu mayat di dalam air, usaha seterusnya terpaksa dihentikan kerana air berkeladak dan penglihatan kurang baik.

Proses mengenal pasti mayat dilakukan oleh pakar-pakar New Zealand, termasuk seorang ahli patologi, doktor gigi forensik dan pegawai pengecam cap jari.

Juga hari ini empat lagi mayat telah dikenal pasti, termasuk pemandu pelancong warga New Zealand, Tipene Te Rangi Ataahua Maangi.

Tiga lagi, kesemuanya warga Australia telah dikenal pasti sebagai Zoe Ella Hosking, 15, ayah tirinya Gavin Brian Dallow, 53, dan Anthony James Langford, 51.

Semalam mayat Krystal Eve Browitt dari Australia dikenal pasti.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here