Tiga muka surat pelajaran Jawi di sekolah yang jadi pertikaian

0
501

SEJAK Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4, termasuk di sekolah vernakular.

Mereka yang menentang menimbulkan rasa khuatir antaranya, mengenai penyebaran Islam sementara kerajaan berkata bukan niatnya berbuat demikian.

Sepanjang pertikaian ini, sifat sebenar pelajaran tulisan Jawi cuma bergantung kepada imaginasi, sehingga kini.

Minggu lalu, Kementerian Pendidikan telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan Jawi, yang mana Malaysiakini menerbitkannya untuk tatapan di sini.

Kandungan tersebut memberi tumpuan terhadap teks jawi pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks Jawi yang berbunyi: “Bersekutu Bertambah Mutu” dalam jata negara, “Bank Negara Malaysia” dan “Ringgit Malaysia” pada nota ringgit serta “Malaysia” pada setem.

Para guru diminta membimbing pelajar mengenali teks Jawi dan membentangkannya.

Kandungan akademik itu dijangka diperkenalkan mulai tahun depan.

Dalam usaha untuk menangani rasa tidak puas di kalangan pengkritik, Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa-Guru akan dibenarkan memutuskan sama ada kanak-kanak akan diajar pelajaran tiga muka surat tulisan Jawi itu.

Walaupun tarikh akhir untuk pembelajaran itu akan dilaksanakan terdapat beberapa gangguan berkaitan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berkata merancang untuk membawa kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran itu.

Badan itu juga akan menganjurkan perhimpunan kumpulan Cina pada 28 Disember.

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here