Jumlah kematian nahas bas Sumatra meningkat kepada 28

0
224
FOTO: Antara.

Oleh FETTY RARA

JUMLAH kematian nahas bas terjunam dalam gaung di Sumatra meningkat kepada 28, sementara 13 oarng mengalami kecederaan.

Nahas berlaku sebelum tengah malam pada Isnin di jalan berliku-liku di daerah Pagar Alam, Sumatra Selatan berikutan kegagalan brek.

Menurut pasukan penyelamat kesemua mayat dihantar ke hospital untuk dikenal pasti, termasuk mayat seorang kanak-kanak yang dikeluarkan dari sungai berhampiran lokasi kejadian.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Palembang itu terjunam ke gaung sedalam 80 meter dan terhempas ke permukaan sungai yang mengalir deras, lapor agensi berita Antara.

Ketua pasukan penyelamat, Berty Kowass berkata operasi mencari mangsa yang mungkin dihanyutkan arus sungai semalam dihentikan kerana keadaan terlalu gelap dan disambung semula hari ini (Rabu).

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here